Kamis, 10 Januari 2013

KACA BENGGALA



99 KACA BENGGALA UNTUK KITA
kaca benggala

  1. Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
  2. Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela.
  3. Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.
  4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur karena kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  5. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti akan datang.
  6. Reaksi emosi jangan dituruti karena implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.
  7. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca karena membaca itu sumber hikmah, sediakanlah waktu tertawa karena tertawa itu muziknya jiwa, sediakanlah waktu untuk berfikir karena berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal karena beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda karena bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat karena beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
  8. Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan, teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  9. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajak dengan keberanian.
  10. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
  11. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilanglah kewibawaannya.
  12. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam hanya wujud tapi amat sukar dilihat.
  13. Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.
  14. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal pribadi yang paling waspada adalah DIAM.
  15. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.
  16. Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu.
  17. Kecemerlangan sebenarnya adalah apabila anda dihantam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.
  18. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
  19. Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  20. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  21. Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
  22. Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.
  23. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
  24. Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
  25. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
  26. Orang yang hebat akan bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  27. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
  28. Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali, Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya.
  29. Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain karena orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.
  30. Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  31. Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.
  32. Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda.
  33. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib.
  34. Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.
  35. Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
  36. Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran.
  37. Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan.
  38. Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.
  39. Jika kita mau membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika kita tidak mau membuat sesuatu, maka akan cari alasan.
  40. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.
  41. Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, karena ia dimulai daripada dirinya sendiri.
  42. Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mau terjatuh lagi.
  43. Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
  44. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  45. Ada dua cara seseorang itu tidak akan berjaya yaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mau mengerjakan apa yang disuruh.
  46. Keberanian yang sebenarnya ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, melainkan menaikkannya.
  47. Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
  48. Kesusahan tidak semuanya siksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
  49. Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
  50. Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.
  51. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
  52. Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.
  53. Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa depan jangan terlalu diangan-angankan.
  54. Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.
  55. Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir.
  56. Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat.
  57. Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit.
  58. Kegagalan hari Ini berarti pendorong, namun kejayaan semalam bukan berarti kemegahan, oleh karena itu gantungkanlah cita- citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.
  59. Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan.
  60. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
  61. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
  62. Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
  63. Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.
  64. Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.
  65. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.
  66. Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
  67. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  68. Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.
  69. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.
  70. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
  71. Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.
  72. Siapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  73. Ilmu dan kepandaian adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur
  74. Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.
  75. Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  76. Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
  77. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi hanya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
  78. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
  79. Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.
  80. Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.
  81. Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
  82. Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.
  83. Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.
  84. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.
  85. Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan dan kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
  86. Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal.
  87. Perbedaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
  88. Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mau dengan secara ringkas.
  89. Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.
  90. Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.
  91. Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
  92. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahasianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  93. Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.
  94. Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya karena kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  95. Kecakapan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  96. Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
  97. Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti
  98. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya
  99. Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara.

1 komentar:

  1. Slots - Casino, Sports, Bingo & Casino.
    Online Gaming at Casino, Slots, 청주 출장안마 Casino, Video Poker, Slots. Slots. Betway 출장샵 Casino. Gaming Casino. Online Gaming at 공주 출장샵 Slots. 창원 출장샵 Betway Casino. 대전광역 출장마사지 Gaming Casino. Slots.

    BalasHapus